Dalam dua minggu sudah berada di Facebook sebenarnya..tempoh begitu, kalau ikutkan arus berita online, sudah agak lambat juga saya umumkannya di sini..tapi saya ingin ia berjalan dengan lancar dahulu..alhamdulillah..ada lah juga sambutan.

Di Facebook Page Komik Saga ini selain updates terkini, banyak juga material yang tak pernah kami kongsi sebelum ini walau di blog ini.. Bezanya kerana dahulu masih lagi dalam pembikinan, maka tak dapatlah nak reveal banyak sangat. Klik pautan ini untuk ke sana: Facebook.com/saga.komik sudi-sudi lah ‘Like’ ye.

Oh ye, untuk orang-orang Petaling Jaya atau belah-belah Damansara sana..komik Saga juga kini boleh didapati di kedai Earth638, Atria Shopping Centre (Lot 2.13J, Tingkat 2) Jalan SS22/23, Damansara Jaya, Petaling Jaya. Singgah jom!

Jangan la pulak bila dah nampak semua Batman, Spider-Man, X-Men, Superman dah tak pandang komik Saga pulak ye!
tarakucha








Saga: Sebuah Novel Grafik.