Pergh Character Redesign Battle #014: The Little Mermaid

November 26th, 2007 by tarakucha

I won this round! Yay!

But i really love Tangh’s horny Ariel version.

Posted in Doodles, Zemua-zemualah. | No Comments »

Komikoo #0 is out and is goood..!

November 21st, 2007 by tarakucha

Sahabat baik saya, encik Roy Ablah, sekitar bulan Jun, di masa-masa saya baru beralih kerja ke opis sekarang ni, jugak ada projek besar beliau tersendiri..bersama rakan-rakannya yang tak kurang hebat dan kuat jugak la nama seperti nazim masnawi dan ahmad kamil, lepas tu ada plak komik and artwork best dari adijin, kromosom, aedes, baba chuah, eisu, shah dan lain-lain..maka terbitlah sudah majalah komik yang bukan main-main: KOMIKOO

Isu #0 sebagai pengenalan memang ada terasa macam satu penampar jugak la pada keadaan komik local yang sekian lama menyedihkan. Banyak gila benda-benda yang selama ni aku anggap ’sembang belakang’ yang biasa diisukan bila duduk minum2 dengan kawan-kawan pengkarya komik yang KOMIKOO utarakan secara terbuka. Soal hakcipta antara perkara yang paling dibicarakan dengan bijak dengan perisa pedas mcm belacan. Best.

Bak kata sahabat lagi sorang, encik Tangh , “macam terbela rasanya”. Aku rasa KOMIKOO ada potensi untuk live up to its name. Good job so far pada team komikoo. *tepuk*tepuk* Oh, dan semalam ada sedikit sesi beraya + bagi kad kawen + reviu isu #0 ni, bertempat di kediaman sang Gecko Ammar yang best gila. Oh, dan juga ada artikel di mStar pasal komikoo nih: Klik sini pegi baca.

Posted in Comics, Zemua-zemualah. | 3 Comments »

Saga: Sudah submit!

November 14th, 2007 by tarakucha

Alhamdulillah..pada tanggal 13 November 2007..Saga selamat saya submit pada pihak MDEC.

Andai kalian masih ingat, Saga merupakan entri kami yang menjadi salah satu pemenang dalam MSC Malaysia Digital Comic Design Competition 2006. Ketika itu kami berenam sebenarnya cuma main tibai aje submit last minit, tak sangka nak dapat apa-apa..idea asalnya pun rasanya sudah mencecah 2 tahun lebih dalam kepala saya..

Masa tarikh masuk competition tu makin nak tutup dulu, tiba-tiba terdetik nak hantar cerita Saga. Terus contact saudara Roy, yang masa tu tengah berlibur di Jepun, mintak dia buatkan skrip utk pitch. Heh.. Orang-orang yang memang telah sedia berkata mahu sertai projek Saga ni pun, dimaklumkan..mereka setuju. Agaknya kitorang tak tau what we were getting ourselves into.

Apa-apa hal, format yang dikehendaki MDEC telah kami siapkan..tetapi komik Saga ni bukan akan dicetak/diedar/dijual dalam masa terdekat ni..yang itu…insyaAllah akan datang..masih dalam perbincangan..nanti pasal tu, kita update kemudian la tengok perkembangan dia macam mana..ok? (sementara tu, kita nantikan komikoo!)

Terima kasih tak terkata diucapkan kepada kawan-kawan yang sekali berjuang seksa gila untuk siapkan projek ni. Ensalim, kau orang pertama aku ajak untuk join..39, era setting cerita kau memang sesuai sangat dengan stroke ko. Bohrtaag, kau memang best. Cerita rompakan biasa yg aku pikirkan, terus jadi lain, daripada topeng tukang potong rumput terus jadi cosplay. Mus, seronok aku first time tengok cover yg ko buat ni..kita tunggu plak chapter ko nanti..hehe. Roy, nasib baik ko cakap “ok”..kalo tidak sampai sekarang kelam kabut kot kitorang nak structure story.

Terima kasih jugak pada mereka yang aku anggap sistem sokongan aku dah..khusus utk chapter aku, bohrtaag memang saling banyak tolong melayan ym sambil melukis..dan jugak tangh, si kamal masrun yang tersenyum itu..kerana tolong last minit buat layout pages2 akhir aku.. Utk bakal bini ku bulan depan ni, thanks so much ler sebab bersabor and bagi moral support..words from you memang always means more. Untuk family sebab sabar n sokong jugak..Mak bagi makan bila ajis mc takgi keje utk dok rumah buat pun dah cukup best dah..

So panjang sangat dah ni. Banyak gila aku belajar along the way buat Saga ni..banyak lagi nak tulis, tapi simpan-simpan la dulu untuk published version nanti..mueheheh..Orait! Kalau bijak, cari la link untuk view komik ni online, in its entirety. Maybe its for a limited time only so yeah..selamat membaca!

Posted in Comics, Komik Saga, Zemua-zemualah. | 5 Comments »

Redesign Battle: Erik Larsen’s Savage Dragon

November 5th, 2007 by tarakucha

i dunno..versi die hard gerak gerak gerak khas fin fang foom kot.

Posted in Doodles, Zemua-zemualah. | No Comments »

Recent Posts

Categories

Comics/Illustrations/Design

Flash + Animation

Komik Saga

Miscellaneous

Movies & Stuff

Photography

Archives