
Tribute kepada watak-watak komik tempatan MASIH DITERUSKAN…Niat asal untuk buat seminggu kan, maka perlulah 7 entri. Maka, untuk edisi ke-enam ini saya telah melukis watak komik yang serba kelakar oleh karyawan dengan nama penanya yang kelakar (tapi orangnya nampak garang) juga.. Kecemprengman oleh POYO. Diterbitkan oleh Komik-M dan tak silap saya sudah keluar 2 volume setakat ini.
Sasaran Komik-M ni lebih kepada budak-budak..namun begitu, pada saya judul seperti Kecemprengman ni masih boleh saya layan lagi..mungkin kerana tahap kesewelan watak-watak dan gaya penceritaan Poyo yang bersahaja. Klik INI untuk ke FB page beliau.
Ok! Tinggal satu lagi entri untuk siri ni. Nak lukis apa pulak aa..
tarakucha





Saga: Sebuah Novel Grafik.