Snapshorts #01

August 25th, 2011 by tarakucha

*Ini Blog Re-Entry lagi. Penat wei taip balik, upload balik, etc. *Keluh*

Atas cadangan Bapa saya, kejadian benar ini dijadikan komik.  Tengok aje la kat bawah ni.


Akan kucuba merajinkan diri untuk perbanyakkan lagi komik Snapshorts ni.

Posted in Comics, Zemua-zemualah. | No Comments »

ABCDraw: X untuk X-Ray.

June 15th, 2011 by tarakucha

Tak banyak perkataan Bahasa Melayu yang bermula dengan huruf X. Mungkin la, boleh lukis Xilofon..tapi..gila boring. Maka, walaupun secara teknikal dalam kamus Bahasa bukan begini, tapi berapa kerat aje antara kita yang sebut “Sinar-X” bila pergi hospital?

Oh, ni juga sempena X-Men: First Class yang ditayangkan sekarang..Walaupun Wolverine bukan bintangnya kali ini, dialog yang kena censor di atas ni sebenarnya serba spoiler untuk satu babak. :)

Posted in ABCDraw, Comics, Doodles | No Comments »

ABCDraw: W untuk Wanita.

June 7th, 2011 by tarakucha


Wah! Sudah lama tak kemaskini blog..Sebenarnya ada cerita sana-sini.. Tapi begitulah bila dah ada facebook..MALAS.

Entri ABCDraw kali ini menampilkan watak-watak Komik Saga saya, dari Babak 2: Si Budak Bertuah.. BFF Siew Mei & Suraya. Ini juga boleh dikatakan sempena kemenangan saya tempohari sebagai Pelukis Komik Terbaik Anugerah PeKOMIK 2011.

Ha..tulah, takde cerita apa pun pasal Anugerah PeKOMIK sebelum ni kat blog, tiba-tiba dah menang eh..Maaf..

Sebenarnya, Babak 2 saya dicalonkan dalam dua kategori: Pelukis Komik Terbaik & Penulis Terbaik (bersama saudara Fairul Nizam Ablah).. Keseluruhan Komik Saga ada tersenarai sebagai finalis calon kategori Komik Baru Terbaik & Komik Terbaik.

Maknanya dua pencalonan untuk satu buku, dan dua lagi pencalonan untuk Babak Si Budak Bertuah sahaja. Untuk dicalonkan aje pun saya dah syukur (bukan saya self-nominate ya!). Tapi menipulah kalau saya katakan saya tak kecewa THE WHOLE TEAM tak menang dalam kategori Komik Baru Terbaik & Komik Terbaik…sebab saya sangat bangga dengan work team Saga.

Jadi, saya sebagai tukang karut asal Saga dan tukang kumpul ajak kawan-kawan lain join di sini nak ucapkan jutaan terima kasih kat Zuraizee Zulkifli, AdiFitri Ahmad, Nor Salim Dawam, Fairul Nizam Ablah, Khairul Ammar Jamal, Mushadie Mustaffa..dan tak lupa juga Kamal Masrun, sebagai assistant lukisan layout Babak 2 untuk beberapa mukasurat.

Saya tak tau kalau boleh buat lagi projek atau komik macam Komik Saga ni. Bukan senang..entah-entah mungkin ini satu-satunya novel grafik yang saya dapat hasilkan dengan kawan-kawan yang ramai macam ni.

Oh tapi dah lari topik sangat dah ni. Entri ABCDraw kali ini untuk meraikan Wanita. Khusus untuk wanita-wanita dalam hidup saya. Mak saya, kakak saya, isteri saya, anak saya..tak lupa juga In-Laws saya. Kalian buat hidup saya lebih warna-warni.

Posted in ABCDraw, Comics, Doodles, Komik Saga | No Comments »

ABCDraw: V untuk Vokal.

May 5th, 2011 by tarakucha

“We are The Misfits! The Misfits! Our songs are better!”

Posted in ABCDraw, Comics, Doodles | No Comments »

ABCDraw: U untuk Ujian.

April 4th, 2011 by tarakucha

Posted in ABCDraw, Comics, Doodles | No Comments »

ABCDraw: T untuk Tendang.

March 1st, 2011 by tarakucha

T jugak untuk TAKDE MOOD nak lukis atau warna dengan lebih terperinci lagi. Terima aje lah.

Posted in ABCDraw, Comics, Doodles, Zemua-zemualah. | No Comments »

ABCDraw: S untuk Sakit.

February 1st, 2011 by tarakucha

Sangat, sangat, sakit..Orang kata pasukan Malaysia tak suka pakai Jersi warna Hitam + Kuning ni,  sebab selalunya tak menang bila pakai. Betul ke? Hehe.

Posted in ABCDraw, Comics, Doodles, Zemua-zemualah. | No Comments »

« Previous Entries

Recent Posts

Categories

Comics/Illustrations/Design

Flash + Animation

Komik Saga

Miscellaneous

Movies & Stuff

Photography

Archives