Saga: Sudah submit!

November 14th, 2007 by tarakucha

Alhamdulillah..pada tanggal 13 November 2007..Saga selamat saya submit pada pihak MDEC.

Andai kalian masih ingat, Saga merupakan entri kami yang menjadi salah satu pemenang dalam MSC Malaysia Digital Comic Design Competition 2006. Ketika itu kami berenam sebenarnya cuma main tibai aje submit last minit, tak sangka nak dapat apa-apa..idea asalnya pun rasanya sudah mencecah 2 tahun lebih dalam kepala saya..

Masa tarikh masuk competition tu makin nak tutup dulu, tiba-tiba terdetik nak hantar cerita Saga. Terus contact saudara Roy, yang masa tu tengah berlibur di Jepun, mintak dia buatkan skrip utk pitch. Heh.. Orang-orang yang memang telah sedia berkata mahu sertai projek Saga ni pun, dimaklumkan..mereka setuju. Agaknya kitorang tak tau what we were getting ourselves into.

Apa-apa hal, format yang dikehendaki MDEC telah kami siapkan..tetapi komik Saga ni bukan akan dicetak/diedar/dijual dalam masa terdekat ni..yang itu…insyaAllah akan datang..masih dalam perbincangan..nanti pasal tu, kita update kemudian la tengok perkembangan dia macam mana..ok? (sementara tu, kita nantikan komikoo!)

Terima kasih tak terkata diucapkan kepada kawan-kawan yang sekali berjuang seksa gila untuk siapkan projek ni. Ensalim, kau orang pertama aku ajak untuk join..39, era setting cerita kau memang sesuai sangat dengan stroke ko. Bohrtaag, kau memang best. Cerita rompakan biasa yg aku pikirkan, terus jadi lain, daripada topeng tukang potong rumput terus jadi cosplay. Mus, seronok aku first time tengok cover yg ko buat ni..kita tunggu plak chapter ko nanti..hehe. Roy, nasib baik ko cakap “ok”..kalo tidak sampai sekarang kelam kabut kot kitorang nak structure story.

Terima kasih jugak pada mereka yang aku anggap sistem sokongan aku dah..khusus utk chapter aku, bohrtaag memang saling banyak tolong melayan ym sambil melukis..dan jugak tangh, si kamal masrun yang tersenyum itu..kerana tolong last minit buat layout pages2 akhir aku.. Utk bakal bini ku bulan depan ni, thanks so much ler sebab bersabor and bagi moral support..words from you memang always means more. Untuk family sebab sabar n sokong jugak..Mak bagi makan bila ajis mc takgi keje utk dok rumah buat pun dah cukup best dah..

So panjang sangat dah ni. Banyak gila aku belajar along the way buat Saga ni..banyak lagi nak tulis, tapi simpan-simpan la dulu untuk published version nanti..mueheheh..Orait! Kalau bijak, cari la link untuk view komik ni online, in its entirety. Maybe its for a limited time only so yeah..selamat membaca!

Posted in Comics, Saga, Zemua-zemualah. | 5 Comments »

5 Responses

  1. adi Says:

    buy urself a nice teh o ais + aiskrim goreng bruvs, u been thru alot & u made it in one piece (more or less)
    yamseng!! :)

  2. bakal bini mu Says:

    squee! it is done, FINALLY!
    *applause* *confetti* *fireworks*
    i’m so proud of u, dear.. ur ’seksaan yg tak berakhir’ is over, and it is worth it. the comic is awesome (and kudos to ur team, too). so, yay!
    *applause, again, some more*

  3. eG Says:

    tahniah untuk ko dan kita yang sama2 membanting tangan, kepala, mouse, pen-tablet dll utk siapkan komik saga ni…

  4. ensalim Says:

    Ni kalo antor Dark Horse ni depa sukar mau reject nih…& To our gang suma, tahniah2 semoga kita berjaya…

  5. prem Says:

    Berakhir sudah segala kejerihan dan penat lelah membanting tulang siang dan malam. Akhirnya saga sudah dpt dihasilkan…kudos to all team effort.

Leave a Comment

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

Recent Posts

Categories

Comics/Illustrations/Design

Flash + Animation

Miscellaneous

Movies & Stuff

Photography

Saga

Archives