Saga (with Senjata Elemen & Burger from COMiX21) spotted at MPH One Utama.
I haven’t been updating any SAGA news in awhile..so I thought I might as well start back with the few feedbacks and reviews that the book/comic/graphic novel has been receiving.. Reviews are mostly in Malay, so here goes..
This one here is from an old-timer from the local DIY comics scene..Mr. Ubder Taker. Maybe not a very familiar mainstream name, but he’s been around..his first endeavour into comics was his self-published magazine: UMBRA. Onwards with the review (quoted from pergh.com’s COMiX21 forum thread):
Malam ni susah benar aku nak tido…. might as well review Saga, walaupun dah sebulan aku habis baca…. jadi aku review from memory…
bila aku pertama kali dengar proposal nak bikin saga ni, entah berapa tahun lalu, aku dok pikir dok pikir samada budak yang ppropose ni betoi ker atau bengong…. maklum laaa… pertamanya bukan nak bikin sorang, tapi satu grup, dan artis komik Malaysia selalunya suka kerja senirik2 dan glemer sorang2, jadi kalo ramai sangat artis bikin satu citer tak ker jahanam citer bila memasing bawa kepala sendiri…
hahaha… pastu aku dengar nak masuk adegan merompak bank… udah…. kebetulan citer rompak bank ni dah jadi idea beberapa filem popular masa tu, jadi aku pon pikir, takder idea lain ker?
Tapi dua benda yang buat aku tertarik kepada cadangan citer ni… pertamanya kehadiran sebijik proton saga dalam semua segment citer yg berbeza…. keduanya ada Amoiiii….. dan Tarakucha memang terer lukih amoi cute… jadi aku pikir, mungkin ada harapan laaa kot… aku pon dah lupa apa sebenarnya maklumbalas aku masa tuuu… macam ler aku terer sangat… kwaaakwaakwaaa…
Bila akhirnya proposal ni dapat Grant MDEC aku masih lagi skeptik, sebab aku dengar ramai struggle nak complete project on time… dengar jerr laa, sebab masa tu aku dah putus harapan nak involved dalam dunia bikin komik ni…. lalu bila kuar citer Alaf21 mao publish citer ni, baru aku percaya yang ceritanya dah siap….
Well guys… its a fairly long journey…. you made it while I’m still alive… thanks… enough citer latar..
Adakah terlalu banyak tukang masak menjahanamkan citer?? Well… actually tidak, sebaliknya ada konsistensi dalam penceritaan ini, dan setiap segment berbeza membawa perspektif berbeza kepada cerita…. semuanya berkaitan dengan sejarah sebuah kereta….
Segment pertama mula agak slow, satu perjalanan nostalgia yang bersahaja dan reflecting zaman 80an… aku tidak ada di tanah air bila Proton Saga mula muncul, tapi dari cerita ini aku dapat feeling tentang emosi berbagai yang di timbulkan dengan kehadirannya… dari orang2 yang hanya boleh melihat, remaja yang punya impian dan juga pemilik yang berbangga….
Segment kedua menerokai lovehate relationship antara kita dengan kereta yang sepatutnya menjadi kebanggaan tempatan…. di sini munculnya si Amoi cute…. sementara segment ketiga pula ada sikit bikin kecoh dan gempar dengan karekter2 yang membawa kontra… Dalam setiap segment aku dapat rasa suasana ke Malaysiaan dalam setiap karekter…. kalau tukar nama dan bubuh nama Jepun setiap karekter pon, aku masih boleh lagi kenal orang kita…. Sementara segment terakhir, kitaran cerita ini dilengkapkan kembali…. harapan, kekecewaan, kebangangan, kekeliruan, kecurigaan/skeptism, dan kebanggaan… ada dalam citer ini…
Well guys…it is a fairly good story, with feelings…. satu cerita yang dibina dengan kasih sayang dan harapan, dan satu permulaan yang baik untuk novel grafik tempatan…. ianya tidak membodohkan pembaca dan sesuai untuk semua peringkat usia yang boleh membaca dan ianya juga adalah satu perjalanan nostalgia yang tidak menjengkelkan…. kolaborasi berbagai karyawan komik yang melakukannya di masa lapang mereka adalah satu pencapaian membanggakan kerana hasil karya mereka ada kesinambungan dalam satu jalan cerita yang cohesive dan kental….. nampaknya vocabulary aku amat terhad untuk menggambarkan apa yang aku nak sampaikan dalam komen ini…. rasanya itulah efek selepas membaca Saga…. aku masih tercari2 ayat dan perkataan yang sesuai untuk memberi komen…
Good storytelling, leisure pacing, complimentary artworks..
I feel satisfied…. yeah!Terimakasih saudara2, kerana berkongsi karya ini…..
honto ni… domo arigatogozaimasu…!
Thank you so much for the honest review Mr. Ubder Taker..it means a lot to the whole team. I will try to post more reviews in the coming days.
tarakucha
Saga: Sebuah Novel Grafik.