..
Kami telah:

1. Melihat belon udara panas. Serta aksi-aksi lucu orang dalam zorb ball.

2. Makan malam di dalam gelap semasa Earth Hour. Boleh dikatakan romantik juga. Dan isteriku telah masak sedap-sedap!

3. Berhujung minggu di PD bersama keluarga belah aku. Air PD memedihkan, tapi barbeque dan bermain Uno Stacko beramai-ramai memang syok.

4. Menonton animasi tempatan berdasarkan komik-komik Dato’ Lat secara langsung dengan alunan orkestra Petronas Philharmonic. Serta Show Charlie Chaplin yang selepasnya. Sangat layan walaupun pagi itu baru sahaja berjumpa doktor isteriku, dan dia beritahu sudah dilated 3cm.

5. Dan macam-macam lagilah sebelum itu sebenarnya. Ke Jonker Street Melaka ketika isteriku perlu hadir di mahkamah di Muar, menyimpang ke Teluk Batik selepas kenduri kawan, mempelawa rakan-rakan sekolah lama ke rumah bermain Wii selepas kenduri juga walau mereka masih berkebaya, membeli Sony Cybershot T900 untuk isteriku, pergi Zoo Negara secara percuma, membawa bapa mertua pergi ke SJMC secara mengejut apabila dia terseliuh kakinya, mencuba Yellow Cab Pizza sebesar rim 18 inci, berbanding-banding perut boyot sesama family/sepupu isteriku..wah banyaknya!

Tapi tak dapat dinafikan, dah jadi mak bapak budak tembam ni jugak la yang paling adventure. Dan sekarang tak sabar nak buat semua benda kat atas ni lagi dan macam-macam yang lain dengan dia pulak. Hee. ♥
tarakucha
Saga: Sebuah Novel Grafik.
July 1st, 2009 at 2:34 pm
sedapnye si aafiyah tido!
bagus, buat entry secara jamak begini.
imee paling macho, dh dilated pon bleh gi layan philharmonic lg. heheh..
July 1st, 2009 at 5:09 pm
Tulah. Tapi sori la gambo aksi kau membaling bola boling maya wii kecik aje. Banyak sangat nak letak, pening nak menyelit.
July 1st, 2009 at 5:30 pm
tahnye, gamba piza lg penting dr gambar kiteorg kan? :p
July 1st, 2009 at 5:52 pm
alamek..aku just nak illustrate betapa besarnya saiz 18 inci piza tu…alaaaaaaaa..gambo ko masa kenduri Ubi haritu elok besor apaaa..
July 2nd, 2009 at 11:31 am
kd, aku mmg macho, walopun time tu cuak sket gak..lol
aku rasa kalo ko amek gambo bersama aafiyah, sure gambo ko besar.
July 2nd, 2009 at 7:49 pm
mie,
hahha.. tp aku geram sungguh dgn pipi aafiyah. ikot sapaaaa lah tue.
July 13th, 2009 at 4:46 pm
tskkkk cubitttt skett pipi aafiyah boleh? cute sgt tauuu! rambut pun dah panjang (kalah kakak athirah)
err akeh, boleh tak mule2 aku aku teringat itu adelah ngko (gambar 1st kat pd). rupanya mak ngko. huhuhu sangat serupa plis
July 15th, 2009 at 5:15 pm
wakakkakaka.. fatih dh ckp baru aku prasan. agaknya akaz bila pakai tudung, gitu agaknya rupe bentuknya.. hahah…