..Sebelum Bergelar “Ibu Bapa”..

July 1st, 2009 by tarakucha

..
Kami telah:

1. Melihat belon udara panas. Serta aksi-aksi lucu orang dalam zorb ball.

2. Makan malam di dalam gelap semasa Earth Hour. Boleh dikatakan romantik juga. Dan isteriku telah masak sedap-sedap!

3. Berhujung minggu di PD bersama keluarga belah aku. Air PD memedihkan, tapi barbeque dan bermain Uno Stacko beramai-ramai memang syok.

4. Menonton animasi tempatan berdasarkan komik-komik Dato’ Lat secara langsung dengan alunan orkestra Petronas Philharmonic. Serta Show Charlie Chaplin yang selepasnya. Sangat layan walaupun pagi itu baru sahaja berjumpa doktor isteriku, dan dia beritahu sudah dilated 3cm.

5. Dan macam-macam lagilah sebelum itu sebenarnya. Ke Jonker Street Melaka ketika isteriku perlu hadir di mahkamah di Muar, menyimpang ke Teluk Batik selepas kenduri kawan, mempelawa rakan-rakan sekolah lama ke rumah bermain Wii selepas kenduri juga walau mereka masih berkebaya, membeli Sony Cybershot T900 untuk isteriku, pergi Zoo Negara secara percuma, membawa bapa mertua pergi ke SJMC secara mengejut apabila dia terseliuh kakinya, mencuba Yellow Cab Pizza sebesar rim 18 inci, berbanding-banding perut boyot sesama family/sepupu isteriku..wah banyaknya!

Tapi tak dapat dinafikan, dah jadi mak bapak budak tembam ni jugak la yang paling adventure. Dan sekarang tak sabar nak buat semua benda kat atas ni lagi dan macam-macam yang lain dengan dia pulak. Hee. ♥

Posted in Random All, Photos | 6 Comments »

Selamat Pengantin Baru Ubi + Ila!

June 29th, 2009 by tarakucha

Awal bulan Jun itu hari, kawan baik dari zaman sekolah aku telah berjaya membina rumah tangganya. Lebih istimewa lagi, apabila dia telah meminta aku untuk melukis karikatur mereka sepasangan untuk dijadikan hiasan kad kahwin dan bunting (bukan yang sama makna dengan ‘mengandung’ tu) hari bersejarah mereka.

Malangnya, pada majlis tersebut hujan telah turun dengan lebat, maka saya tak dapat bergambar dengan bunting yang menggunakan hasil lukisan saya itu. :(

Apa-apa pun, selamat melayari kehidupan sebagai suami-isteri pada Ubi + Ila! Walaupun aku tau kau malas masuk blog aku Ubi!

Posted in Random All, Photos, Doodles | No Comments »

Sudah sebulan lebih! ♥

June 23rd, 2009 by tarakucha

Posted in Random All, Photos | 3 Comments »

Tun Aafiyah Humaira is here..

May 8th, 2009 by tarakucha

On the 6th of May 2009..Her mommy started getting contractions at home around 4.30 in the morning..and then mommy’s water broke around 5.00am, (but still at home!)..And then we got to the hospital at 5.30am.

..And finally she decided to pop out at 6.00am (officially the nurses say 6.15am, but by that time the baby was out of the labour room)..weighing at 2.61kg. She is perfect. Alhamdulillah..

So clever eh my baby? Picked the best time to come out..If it was during peak hours, surely she would’ve gotten born in my car already.

I’m so proud of my girls (especially my wife, cos I saw what she went through, and DAMN. Nasib baik tak berjam-jam.) *muah*

Huhu..but now I’m an abah. FOR REALS.

*p/s: My baby’s mommy is a Puteri, so that’s why my daughter’s a Tun. No need to be a PM first. Cool huh? :P

Posted in Random All, Photos | 11 Comments »

« Previous Entries